Monday, August 6, 2012

Chapter 36: Confessions of a Princess

"Prabhava had this kind of gentle fearlessness. Always subtle, but nonetheless undaunted by any threat. Complemented by a passion that was always simmering under the surface, yet still firmly under control. It was something rather rare for a warrior, but its effect was so irresistible on anyone who got close to him, inviting brave strong men who desired to become his loyal comrades, as well as elegant beautiful women who wanted to get to know him better. He reminded me of my own grandfather, Adhi Satria, or at least what I perceived of him from stories I had heard about him."  

Thus Kembang Seri Wangi reminisced about her late husband to her new daughter in law Isabelle, during one of their intimate conversations, not long after Isabelle's wedding to Shakranta. Now Prabhava's son, Shakranta, seemed to have inherited exactly those traits, Isabelle reflected. And Shakranta reminded Isabelle of her own grandfather.
 

§
"Husband," Isabelle spoke.

"Yes, my dear," Shakranta answered. "What is it?"

"Sometimes I do wonder ... why you have never asked me ... about such things like  ... my origins and my ancestry."

"Is that all?" Shakranta responded. "My love … that is because ... I have accepted you and I love you exactly way you are. I have no wish to pry into your past ... and make you remember old things that might still hurt you."
"You are so kind ... and so chivalrous. But wouldn't my lineage be something of significance to our children and grandchildren? Wouldn't they also wish to know their ancestry on my side?"

“Umm … there is some truth in what you say. Well ... if you feel it is important ... by all means ... tell me."

"My grandfather on my father's side, Alfred his name was, he was a cousin of Aethelred II, the King of Angli Land. He was made a thegn, like the Saxon version of a penggawa, of a small village near Wessex. My mother migrated to Angli Land with her parents from Normandy. They first came as a part of the entourage of Princess Emma, who had recently been married to Aethelred."

"You have royal blood! That's amazing. Continue, please."

"During the rule of Aethelred, our people were constantly threatened by the Danes, foreigners from across the sea who had established their own Danish kingdom in the formerly Saxon land of East Anglia."

"Sounds like a familiar theme. It has happened here also. Too often for our good. And then?"

"Alfred's first son, my father Bryhann, succeeded him as the next thegn. He fell in battle leading a small army of Saxon housecarls fighting off a Danish invasion near Hastings. While my mother Philippa was captured in another battle against Danes by the sea. She was brought to Denmark and made a court slave of King Sweyn."

"Your parents were both brave warriors, Isabelle. They were prepared to lay down their lives for their kingdom. I'm so proud of both of them. Your mother, especially, must have been a great warrioress."

"She taught me to remain brave and proud through any adversity, and never to compromise honour for anything." 

"I can't imagine the pain of her fate."

"Neither can I. While I myself was captured, with my grandmother Meredith, in her hometown near Somerset, several months afterward, by Berber pirates from the Black Continent. They took us both to Constantinople, to be sold there as slaves."

"What happened to Meredith, then?"

"The pirates did not treat her very well, because she was only an old woman. They only tolerated her because she was a healer. So that she could treat any of them who got sick or injured. She fell ill and died during our journey to Constantinople. I never liked those men. They were rough folks. They scared me. One day, several of them approached me in a way which so frightened me ..."

"And?"

"Fortunately their leader appeared suddenly out of nowhere. He saved me from them."

"Did he hurt you?"

"No. He treated me well. He was a gentleman. He wasn't like the others."

"Sesudah itu?"

"Dia terus berkelakuan baik dengan Dinda. Begitupun ... sebagai seorang gadis abdi di atas sebuah kapal lanun ... Dinda tidak punya banyak pilihan. Dinda terpaksa merelakan diri melayaninya ... sebagai seorang kekasih ... selama tempoh pelayaran ... sungguhpun jiwa Dinda menentang. Demi melindungi diri daripada lanun-lanun lain yang kasar dan ganas ... di hari-hari terkemudian." 

Mata Isabelle mula beransur merah dan berair. Beberapa titis air mata berkembang di birai matanya, meniti pipinya, lalu mengalir jatuh ke lantai. Shakranta merapati isterinya, memeluknya erat, mengusap pipi serta rambutnya dan mengesat matanya.

“Shushhhh,” bisik Shakranta meredakan kepiluan isterinya. “Itu suatu pengorbanan ... yang tidak dapat Dinda elakkan. Usahlah Dinda bimbang lagi tentangnya. Dinda kini selamat sejahtera. Lupakanlah semua perkara silam yang membuat Dinda tidak selesa. Kalau nak diikutkan hati, ingin rasanya Kanda buru orang-orang yang berkenaan ... dan ingin Kanda hukum mereka dengan hukuman yang setimpalnya."

Untuk beberapa ketika kedua mereka tidak berkata apa-apa. Yang satu tiba-tiba memerlukan kasih sayang, kemanjaan, kepastian dan perlindungan. Yang satu lagi memberikan semuanya dengan penuh rasa kecintaan.

"Tidak, Kanda," sejurus kemudian Isabelle bersuara semula. "Segala-galanya sudah berlalu. Ia kini perkara lama. Kini, dengan naungan dan perlindungan Kanda, tiada sesiapapun yang mungkin menyakiti Dinda lagi. Orang-orang itu pun, entah di mana berada, dan entah masih hidup ataupun sudah tiada lagi di dunia ini. Kata orang, lanun itu, biasanya hayat mereka tidak begitu panjang.”

 
"Ada baiknya juga jika Dinda reda sebegitu. Yang pentingnya bagi Kanda, Dinda sentiasa sejahtera, dari kini hingga ke bila-bila."

"Kanda tidak ambil kisah bahawa ... Dinda tidak berterus terang berhubung perkara ini terlebih dahulu ... dengan Kanda? Atau ... mungkinkah Kanda merasa sedikit terkilan?"

"Tidak ... kerana bagi Kanda ... itu adalah hak Dinda sepenuhnya. Malah ... Kanda bersyukur kerana Dinda terselamat daripada semua ancaman ... dan terlepas daripada segala dugaan ... hingga akhirnya kita berdua bertemu. Perkara silam tetap adalah perkara silam. Lagipun ... Dinda tidak bersalah ... kerana melakukan apa saja demi membela diri itu ... adalah sesuatu yang diharuskan."

"Terima kasih, Kanda. Kerana memahami serta menerima perasaan Dinda ... serta segala yang lain berhubung duduk perkara. Kini baru puas hati Dinda ... kerana tiada lagi rahsia yang kadang kala memagut rasa."

“Sungguh hebat,” ujar Shakranta. “Rupa-rupanya duduk perkara malah melebihi lagi daripada yang Kanda sangka … sedari kali pertama kita bertemu. Kanda memang terasa sesuatu keanihan ... kerana … walaupun Dinda ketika itu seorang gadis abdi … pembawaan serta perilaku Dinda … agak berlainan … jauh lebih anggun … lebih santun … dan lebih tersusun … daripada abdi yang lain. Cuma … mengapakah Dinda terlalu berahsia dan tidak memberitahunya lebih awal kepada Kanda?”

“Kerana … Kanda sendiri tidak pernah bertanya … dan sekaligus juga … kerana Dinda ingin menguji sejauh mana … tulusnya cinta Kanda kepada Dinda. Kalaulah Dinda memberitahu Kanda lebih awal … bagaimanakah Dinda dapat pasti akan ketulusan itu?”

“Maksud Dinda?”

“Kiranya Kanda tahu terlebih dahulu ... tidak mustahil bahawa ... Kanda hanya ingin mengahwini Dinda sekadar kerana keturunan Dinda.”

“Dinda memang seorang wanita yang bijaksana. Dan seperti yang Dinda janjikan kali pertama kita bertemu … Dinda memang telah membawa tuah yang hebat kepada Kanda.”

“Maksud Kanda?”

“Tuah yang Dinda bawa adalah … puteri kita … Chinta Kirana … serta kedamaian dan ketenteraman jiwa yang tidak pernah terbayang oleh Kanda sebelum kehadiran Dinda dalam hidup Kanda.”

“Kanda masih lagi ingat kata-kata Dinda itu rupanya,” ujar Isabelle.

“Sudah tentu. Kerana ia kata-kata yang terbit pada kali pertama kita bertemu.”

Isabelle merenung suaminya dengan senyuman penuh bermakna rahsia.

“Mengapa Dinda merenung Kanda begitu?”

“Kerana Dinda merasa amat bahagia saat ini. Dinda begitu bertuah ... mendapat seorang yang baik hati dan tulus jiwa seperti Kanda sebagai suami."

§
“Kanda,” sapa Isabelle.

“Ya, Dinda.”

“Ini sambungan kepada kisah semalam … bahagian yang belum Dinda maklumkan kepada Kanda … kerana baru kini Dinda terasa bersedia,” ujar Isabelle.

“Apa itu, Dinda?”

“Di antara kita berdua … walaupun mungkin sukar dipercayai … sebenarnya … adalah bertemu nasab daripada jurai zuriat yang sama nun jauh di masa silam.”

“Dinda bergurau … kan?”

“Tidak, Kanda … Dinda bersungguh-sungguh.”

“Baiklah. Daripada jurai yang mana pulak tu?”

“Jurai Yazdegerd Shah I ... iaitu nenda kepada Putera Ardavaz ... yang juga mendapat jolokan Sudakh Shina di kalangan kerabat rapat serta sahabat akrabnya kerana keperwiraannya ... iaitu salah seorang nenek moyang Kanda.”

“Dinda!”

 
“Benar, Kanda. Putera Alfred, nenda Dinda ... dia bersalasilah daripada Puteri Gerberga von Henneberg, ratu wilayah Swabia di negeri Germania. Puteri Gerberga itu pula bersusur galur daripada Puteri Izdundad, puteri kepada Yazdegerd Shah III, maharaja Parsi Wangsa Sassan, dan permaisuri baginda yang kedua, Puteri Manayanha dari Byzantium.”

“Yazdegerd Shah III berkahwin dengan seorang puteri Byzantium? Tapi ... bukankah Parsi itu sering berseteru dengan Byzantium?”

“Benar, Kanda. Namun, pada suatu ketika, kerajaan Parsi Wangsa Sassan berserta kerajaan Byzantium kedua-duanya terancam oleh kebangkitan orang-orang Arab Islam. Maka kedua mereka terpaksa berdamai dan berpakat seketika ... lalu Maharaja Heraklius, maharaja Byzantium mengahwinkan seorang cucundanya, iaitu Puteri Manayanha, iaitu anakanda kepada Maharaja Konstantin III, dengan Yazdegerd Shah III. Maka Puteri Manayanha itu menjadi permaisuri kedua kepada Yazdegerd Shah III.”

“Seterusnya?”

“Yazdegerd Shah III itu adalah cicit kepada Yazdegerd Shah I. Nah … ini buktinya … catatan ringkas yang memperihalkan susur galur keluarga kami … peninggalan Nenda Meredith kepada Dinda …yang mujurnya masih ada pada simpanan Dinda.”

“Sungguh mengagumkan. Tapi ... bagaimana pula sesuatu sehebat itu boleh berlaku?”

“Selepas kerajaan Yazdegerd Shah III ditewaskan oleh bala tentera Arab Islam pimpinan Khalid ibnu al-Walid, puteri-puteri baginda yang tidak sempat melarikan diri semuanya menjadi tawanan perang. Misalnya, Puteri Shahr Banu, dikahwinkan dengan Saiyidina Hussain, putera kepada Saiyidina Ali. Manakala Puteri Izdundad pula dianugerahkan oleh Saiyidina Umar kepada Bustenai ben Haninai, seorang penyandang jawatan Resh Galuta … iaitu Ketua Masyarakat Buangan di kalangan kaum abdi Yahudi di Parsi ... lalu dikahwini oleh beliau."

"Umm ... teruskan."

"Kalangan Resh Galuta itu pula, mereka dikatakan semuanya bersusur galur daripada Raja Daud … yang juga adalah seorang raja sekaligus seorang nabi bagi kaum Bani Israil di zaman silam. Kerana itu … sungguhpun para Resh Galuta daripada golongan kaum buangan … mereka dilayani dengan baik serta penuh hormat oleh pihak pemerintah. Sama ada di zaman kerajaan Babilani, mahupun pelbagai wangsa yang menerajui kerajaan Parsi, ataupun kerajaan Arab Islam yang menumbangkan Wangsa Sassan.”

“Hebat, hebat,” ujar Shakranta. “Bermakna Dinda juga bersusur galur daripada Raja Daud. Teruskan lagi, Dinda.”

“Seorang cicit Izdundad dan Bustenai … namanya Natronai al-Makhir … tertewas kepada sepupunya Judah Zakkai dalam pertandingan merebut jawatan Resh Galuta … lalu merantau membawa diri ke barat ... ke Benua Putih ... ke sebuah negeri bernama Frankia. Dia akhirnya berkahwin dengan Puteri Alda, bonda saudara Raja Karlo Magna … raja gemilang negeri Frankia itu … lalu dilantik menjadi pembesar wilayah Toulouse dengan memakai gelaran Duke Theodoric. Maka anak-anak mereka telah berkahwin dan beripar-duai dengan golongan kerabat diraja di negeri-negeri dan wilayah-wilayah yang bersahabat … hingga akhirnya lahirlah Puteri Gerberga von Henneberg daripada salah seorang daripada mereka itu.”

“Sungguh menakjubkan. Bermakna ada lagi dua perkara hebat yang baru kini terserlah.”

“Apakah itu, Kanda?”

“Bahawa … Dinda juga daripada zuriat seorang maharaja Byzantium yang di zaman remajanya gemar bertarung satu lawan satu dengan singa liar.”

“Maharaja Heraklius I. Kanda tahu tentang itu?”

“Kanda gemar mengkaji sejarah silam. Kebetulan pula, semasa di Konstantinople, Kanda berpeluang bertemu dan berkenalan dengan Maharaja Basileios II, orangnya pula memang gemar bercerita tentang sejarah silam. Patutlah seorang zuriat Heraklius juga pandai menjinakkan sepasang anak harimau.”

“Alah ... Kanda ni. Dah mulalah tu. Mengada-ngada dah. Kita pulak yang disindirnya.”

“Tidak begitu, Dinda,” Shakranta tersenyum selamba. ”Kanda memang benar-benar mengagumi bakat semula jadi Dinda. Kerana Dinda ... seperti memiliki kemampuan luar biasa ... untuk mententeramkan ... dan ... menjinakkan ... sebarang haiwan dengan begitu mudah.”

“Termasuk ... jenis haiwan yang ... kadang-kadang tu ... macam susah nak tidur di waktu malam, kan?”

"Dinda ni," Shakranta tertawa kecil. “Sekarang Dinda pula yang menyindir Kanda.”

“Ha, tu la," Isabelle ikut tertawa. "Kan dah kena, kan?"

Begitulah keadaannya … suasana hidup suami isteri yang sentiasa penuh kasih mesra ... berselingan sekali sekala dengan gurau seloroh yang membuang bosan dan mencipta ceria bahagia ... di antara Isabelle dan Shakranta.

"Dan ... apakah perkara yang satu lagi itu, Kanda?” tanya Isabelle.

“Bahawa … Dinda juga mungkin daripada zuriat Panglima Kambujiya.”

“Bagaimana pula begitu?”

“Kerana Ardeshir Shah ... pengasas wangsa Sassan itu ... berketurunan daripada wangsa Hakhamanesh. Dan wangsa Hakhamanesh itu pula ... jangka sesetengah sarjana ... bersusur galur daripada Raja Kambhujiya.”

"Maksud Kanda ... Raja Kambhujiya leluhur kaum Kambhoja ... dan pendiri negeri Kambhoja di Pergunungan Himalaya itu?"

"Ya ... Raja Kambhujiya yang itulah. Kerana itulah nama Kambhujiya itu amat digemari di kalangan kerabat Wangsa Hakhamanesh ... dan sering diberikan kepada putera-putera mereka."

“Oh! Menarik sekali itu,” tingkah Isabelle. “Hebatnya Pencipta kita …  Tuan dan Pentadbir bagi seluruh alam. Dengan kemahuan-Nya  …  ikan di laut … asam di darat … di dalam belanga bertemu juga. Shakranta di timur … Isabelle di barat … di bumi Byzantium bersua jua.”

“Amboi ... pandainya Dinda berpantun,” ujar Shakranta.

“Dinda kan dah jadi orang Langkasuka, kan?” balas Isabelle.

"Betul juga tu," balas Shakranta.

"Kanda," sejurus kemudian Isabelle bersuara lagi.

"Ya, Dinda. Ada apa tu?"

"Kanda masih ingat lagi tak ... ketika Dinda begitu beria-ia memujuk Kanda ... supaya membeli Dinda ... semasa di Konstantinople dulu?

"Ya. Kanda pasti akan ingat sampai ke bila-bila. Kerana itu detik-detik pertama kita mula bertemu."

"Kanda tahu mengapa?"

"Kerana Dinda mengagumi Kanda, kan?"

"Alah. Dah perasan pulaklah tu."

"Tidak, Dinda," Shakranta tertawa kecil. "Itu kan Dinda yang memberitahu Kanda dulu."

"Ada lagi sebab lain daripada itu."

"Oh? Apa pulak tu?"

"Kanda tahu, bagi seorang abdi, harapan adalah perkara paling utama," ujar Isabelle. "Dan kemunculan Kanda dengan tak semena-mena hari itu dalam hidup Dinda membuat terlonjak kembali harapan Dinda dengan tiba-tiba."

"Mengapa pulak begitu?"

"Kerana ia seperti menjurus kepada sesuatu yang telah diramalkan oleh seorang nenda sepupu Dinda, Nujum Katherine, ketika Dinda masih seorang bayi yang baru lahir."

"Oh! Apakah gerangan perkara yang diramalkannya itu?"

998 Masihi, di wilayah Somerset, di negeri Angli Land, di Pulau Britannia.
Mata wanita itu sekejap hampir tertutup rapat, sekejap tercelik luas. Merenung tajam ke dalam sebiji bebola kaca sebesar buah tufah berwarna jernih keunguan. Dahinya berkerut, fikirannya begitu tertumpu dan berpusat. Mulutnya berkumat-kamit ... bertutur bahasa aneh yang langsung tidak difahami oleh kebanyakan orang yang berkerumun di sekelilingnya. Suaranya sekejap nyaring, sekejap antara dengar dan tidak, nadanya sekejap naik meninggi, sekejap turun serendah-rendahnya. Sejurus kemudian ... dia bertutur dengan suara jelas yang bergema lantang merentas seluruh mahligai dan pekarangannya.

"Anak ini akan mengalami kehidupan awal yang penuh pancaroba. Zaman kecilnya akan dilanda bertali arus oleh keperitan dan kepedihan. Namun kesudahannya, dia tetap akan menemui ketentuan hidupnya yang sebenar. Seorang pahlawan yang gagah berani, budiman dan baik hati ... dari sebuah negeri di hala timur ... nun begitu jauh di hala timur ... akan muncul menjadi pembela dan pelindungnya. Akhir sekali, dia akan bangkit kembali untuk beroleh kedudukan yang paling tinggi darjat dan martabatnya. Kedudukan yang sepadan dengan zuriat dan salasilahnya. Tidak di Angli Land. Malah tidakpun di Pulau Britannia. Akan tetapi ... di sebuah negeri gemilang yang letaknya ... sungguh jauh ... nun jauh di sana ... di hala matahari terbit."

Demikian kata-kata samar yang terbit dari bibir Nujum Katherine, saudara sepupu kepada Dukun Meredith, iaitu ibu kepada Putera Bryhann. Di tengah-tengah kepulan asap bakaran pelbagai dedaun kering dari rimba, bau-bauannya melalikan semua hadirin yang datang berkunjung. Seminggu selepas kelahiran anak bongsu Putera Bryhann. Anak perempuan yang diberi nama ... Puteri Isabelle.

No comments:

Post a Comment